Wednesday, August 18, 2010

Aku Dan Anggota Dunia

Ini bukan mengutuk siapa-siapa.


Bukan mencerca siapa-siapa.


Bukan mengeji siapa-siapa.


Ini tentang diri aku
hidup aku yang tak pernah sealiran dengan dunia.
Yang tak pernah seangkatan dengan siapa-siapa.
Ini nasihat kepada diri sendiri,
karutan kepada diri sendiri,
bentakan terhadap diri sendiri,
agar aku tahu aku yang gila


Maaf mungkin ada carutan,kekasaran buat diri sendiri.
Jari hanya menaip laju mencantas ,melantas ,mentustas segala yang ada di fikiran.
Hanya menaip mengikut emosi semata.Menyalahkan diri sendiri saja,
Untuk melihat sejauh mana diri kuat mencacang,mencanang, dan melantang juga membidas segala cobaan yang bermain di fikiran....
Apa ia relevan? atau hanya permainan kosong aku budak yang tak pernah mengenal untung.


Kehidupan macam najis kadang-kadang.
Kenapa aku memprotes begitu? Sebab aku sendiri yang menjadikannya najis.
Aku dengan dilemma aku.
Hanya mahu orang faham aku.Hanya mahu orang menuruti dan menuturkan apa yang aku bicarakan?
Teruknya aku ini.Aku macam bagos nak mampos untuk memintak orang dengar apa yang aku rintihkan.
Untuk dengar apa yang aku bicarakan...
Untuk dengar apa yang aku mahukan...
Apa aku hebat sangat sampai mahukan semua itu.
Hoi! aku cuma manusia biasa yang impianku menjengah ke langit biru.
Tapi hanya sampai mana. Impian itu tersadai di atas pokok mangga yang banyak kerengga itu sahaja.




-pesanan akal kepada hati-


Cukup lah impian kau itu.Takkan kemana.haha.padan muka.pegi mampos sorang-sorang atas katil.
" Biar setakat ini kau berdiam diri dan jangan meminta lagi orang mendengar dengan telinga-telinga kuali mereka.Mendengar apa yang kau bicarakan.Sia-sia
Cukup kau meminta mereka melihat dengan mata-mata kaku mereka. Melihat mata engkau dan selaminya.Sia-sia
Cukuplah jangan meminta lagi orang menyelami hati kau, kerana sampai bila pun,tiada siapa pernah faham! sia-sia
Tak perlu memberikan kepada orang lain dengan berkata
"Jaga hati saya baik-baik"
Semua itu takkan pernah sampai sehari. Hanya jadi tragedi bodoh dan tragis ngeri yang mengigau mimpi hari-hari.bodoh bodoh.


Tapi sebenarnya aku yang tak seanggota dengan mereka.Tak sealiran dengan mereka.
Di saat apa lagi aku berucap tiada sapa lagi kisahkan.
Hanya di kesempatan terakhir aku mengucap dua kalimah syahadah baru diri diangkat.
Lumrah dunia. Analogi manusia,.. manusia selalu lupa siapa dia.Dia tersangka dialah segalanya.
Manusia itu baru disanjung sesudah kematiannya..
Buat apa lagi nak sanjung? Buat apa lagi nak kenang?
Sedangkan sewaktu dia merintih lemah, sewaktu dia menangis tabah,tiada siapa dengarkan?
Buat apa? Sia-sia sahaja.
Ingat pasal kematian kau pulak yang nak mati esok lusa.


Ini tentang aku. Apa yang aku rasa. Jiwa melankolik berbisik, SUDAHLAH.
Jangan kecoh-kecoh. (tahan sengih).Walau entry ini agak ganas. tapi hati aku masih penyayang yang amat sangat. heehee..  :)


from heart fara
11:43am

No comments: